Monday, September 20, 2010

Kalau saya bukan pelajar UITM sekarang?

Simbol perpaduan, kepimpinan, kebijaksanaan, penggerak bangsa dan Negara sinonim dengan sistem pendidikan Negara kita iaitu Malaysia. Bagi membolehkan seseorang menjadi pemimpin yang berkaliber bukanlah suatu tugas yang mudah tanpa sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang merupakan faktor kejayaan pemimpin-pemimpin Negara kita terdahulu hingga kini. Walau Bagaimanapun, tunjang kepada sesebuah kejayaan adalah keberanian dan keyakinan dalam mengambil langkah pertama demi mengejar sebuah cita-cita yang belum tentu kemilikannya iaitu Pendidikan.

Tetapi, bukan semua jalan itu lurus.Tidak dapat dinafikan ada beberapa keadaan yang tidak membolehkan kita berjalan seiring dengan rakan seangkatan. Mungkin kita terpesong tapi masih menuju ke objektif yang sama iaitu kejayaan. Jalan yang terpesong ini boleh diklasifikasikan sebagai perjalanan hidup yang berbeza. Sesetengah daripada kita mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri dalam menggapai masa depan yang cerah. Mungkin ada yang berfikiran pelajaran mampu mengubah status atau level kehidupan seseorang individu itu, ada juga yang beranggapan pekerjaan mampu memberikan pengalaman yang lebih efiksyen berbanding teori semata-semata. Malahan, ada juga yang menggabungkan pelajaran dan juga pekerjaan untuk mendapatkankan keputusan yang maksimum dari segi teori dan praktikal. Keadaan ini disebut sebagai Pengajian Jarak Jauh ataupun lebih dikenali sebagai PJJ.

Bagaimana pula kalau kita gagal untuk menyambung pelajaran sedangkan hati kita masih kuat untuk menimba ilmu. Inilah persoalan yang saya rasakan amat cantik untuk dikupas. Pada pengamatan saya, ramai lagi pelajar yang berada dalam situasi sebegini rupa.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, minat di dalam penulisan telah dikesan sejak di bangku sekolah lagi apabila guru sering kali memuji hasil penulisan saya terutama di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Bakat dan minat saya terus diasah apabila saya ditawarkan menyambung pengajian di peringkat diploma komunikasi dan media. Selepas tamat diploma, saya cuba mengambil peluang dengan mendaftarkan diri sebagai wartawan muda disebuah syarikat ternama. Lebih kurang sebulan selepas itu, saya dimaklumkan bahawa saya diterima sebagai wartawan muda disyarikat tersebut. Tidak dapat dinafikan perasaan saya di ketika itu amatlah gembira. Semingu selepas itu saya ditawarkan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Sebagai anak kampung, sudah pasti kegembiraan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disokong penuh oleh seluruh kaum keluarga. Namun begitu tiada siapa yang sedar bahawa saya sedang menghadapi dua keadaan yang sangat mengelirukan. Bekerja mahupun belajar telah membuatkan diri ini berada di dalam keadaan tertekan dan dilema. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa meneruskan pelajaran adalah yang terbaik. Namun begitu, saya hampir melakukan satu kesilapan yang sangat besar dan pasti akan dikesali seumur hidup ini.

Sesungguhnya, memang benar kata orang sukar untuk membuat keputusan yang tepat bagi menentukan arus kehidupan yang meyakinkan. Tambahan pula, dengan peluang pekerjaan tadi sudah tentulah cita-cita untuk bergelar seorang wartawan telah tercapai. Namun apabila memikirkan status sekarang sebagai pelajar di UITM shah alam di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kewartawanan, telah menyedarkan diri ini bahawa peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Begitu ramai anak-anak muda di luar sana yang ingin mengisi tempat kita di sini sebagai pelajar UITM.

Akhirnya, keputusan telah di capai. Saya memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, dan semangat saya kini semakin membara untuk meneruskan perjuangan di dalam bidang kewartawanan. Jika saya tidak menjadi pelajar UITM pada masa sekarang, maka sudah tentulah pelbagai aspek negatif juga dapat dilihat. Sebagai contoh, gaji bulanan saya pasti sukar untuk di naikkan kerana faktor peringkat pengajian yang pernah saya miliki. Selain itu, dari segi cara menjalankan tugas pasti tidak dapat berjalan dengan baik kerana ilmu di dada masih kurang berbanding pengajian di peringkat Ijazah di mana saya akan di ajar di dalam kondusif pekerjaan yang sebenar atau pun di gelar “work under pressure” kerana sememangnya bekerja sebagai wartawan adalah sebegitu rupa.

Teramatlah sukar bagi saya jika tiada ilmu yang mencukupi bagi meneruskan cita-cita ini. Lebih elok seandainya saya mempergunakan peluang yang di miliki kini agar diri mampu bergelar seorang wartawan yang hebat di mata dunia. Dari sudut perspektif yang lain pula, kenaikan pangkat semestinya memerlukan saya untuk memiliki segulung Ijazah sarjana muda bagi membolehkan saya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi. Keadaan pasti menyulitkan jika saya terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa di mana usaha untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah harus di lakukan seiring dengan pekerjaan sebagai wartawan kelak. Daripada menyusahkan diri ini, lebih baik melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan kemampuan dan daya focus yang tinggi agar kita tidak akan termakan dengan peribahasa “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.

Andai kata saya harus meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah, sudah pasti pelbagai perasaan datang menghuni seperti sifat “nak tak nak” belajar yang juga merupakan mainan psikologi minda kelas pertama. Di saat ini pasti keluarga juga akan meletakkan sebuah sindiran yang berbunyi “dulu ada peluang sambung belajar, sibuk nak kerja. Sekarang tetap kena menyambung juga untuk kenaikan pangkat yang lebih mudah”. Apabila memikirkan semua ini bakal berlaku, semangat untuk menyahut panggilan menyambung pengajian di peringkat Ijazah lebih tinggi kerana ia merupakan peluang untuk meletakkan diri ini sebagai orang yang berguna dan mendapat tempat yang baik di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment