SUNGAI LIMAU – Agensi Anti Dadah Kebangsaan(ADK) Daerah Yan dengan kerjasama Skim Rondaan Sukarela(SRS) Sungai Limau Melancarkan opersai bersepadu membasmi aktiviti tidak sihat di Pulau Bunting.
Operasi yang bermula pada pukul 5 petang itu berjaya menahan dua orang pendatang tanpa izin(Pati) dan seorang disyaki positif dadah peringkat saringan.
Penolong Pegawai Anti Dadah Daerah Yan,Shahrul Zaman Murad menyatakan operasi sebegini akan terus dilakukan untuk membasmi gejala sosial yang semakim meruncing.
“Pulau Bunting merupakan tempat riadah, bukan tempat untuk melakukan gejala yang tidak sihat, operasi akan terus dijalankan di tempat yang telah dikenal pasti.
Salah seorang pendatang tanpa izin yang berasal dari Myanmar, Nyi Nyi Tun menyatakan dokumen perjalanannya berada pada majikannya.
Namun begitu, majikan Pati tersebut gagal hadir dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Sementara itu, Anggota baru Skim Rondaan Sukarela(SRS) Sungai Limau turut dikenakan Ujian Air Kencing sebelum mereka menjadi sebagai anggota SRS.
Setiausaha Skim Rondaan Sukarela( SRS) Sungai Limau, Syed Jahaya Syed Abdul Rahman menyatakan tujuan ujian tersebut dijalankan adalah untuk memastikan anggota SRS Sungai Limau terdiri dari anggota bebas dari sebarang penggunaan dadah.
“ Kami tidak pilih kasih, kalau ada diantara anggota kami yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan mereka kepada pihak yang berkuasa.
“Kami ingin pastikan anggota SRS Sungai Limau ini merupakan anggota yang boleh menangani masalah sosial, bukan terjebak dalam masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Hasil saringan air kencing tersebut, tiga penduduk disyaki positif dadah dan mereka diserahkan kepada ADK Daerah Yan untuk siasatan lanjutan.
No comments:
Post a Comment