Tuesday, October 12, 2010

suria fm!!

hello dear...

okey lepas habis kelas online JRN kami lepak kat cafe. tgh2 makan, ada budak laki dari mechanical engeenering duduk kat sebelah awatif. isu nye di sini adalah kami telah memulakan perkenalan mesra mungkin krn kami dari fakulti yang berbeza. awatif bukan main seronok berbual dengan mereka di ikuti dengan sabturia. tak banyak yang kami bualkan selain mengimbau yang budak mereka selalu bergaduh dengan budak masscomm dlu.

and then kami pergi balik ke fakulti semula. di sana ada krew suria fm datang sempena program "Santai Cruise". kami dapatla gudybag. and then farihin dapat hadiah tabung pos malaysia sbb dia berjaya jwb soalan yang diberikan oleh krew terbabit. lawak kan!hahaha.

sekarang kami tengah fikir samada nak jopin aktiviti diorang jalan2 KL yang hanya RM10 jer. bus yang akan dinaiki pun menarik iaitu double decker. ada ruang terbuka pulak kat bumbung bus tuh. ha! tu la yang menarik perhatian kami. mungkin kami akan pergi sambil2 tuh excited juga tunggu nak pergi Singapura sbb en faizal kami bagi tau yang semua bdk JRN akan ikut.tak sabar nak unite dengan bdk JRN bersama lectrrnya!

ok la..mlm nnti up date lagi.bye!!

Monday, October 11, 2010

comm research

hello dear...
entah knp tetiba rasa takut dengan subjek nie....
aku takde smngat nak keep on wat proposal..
masa diploma aku suka sangat wat benda nih cm dah expert jer.
tapi bile kat degree segalanya berubah..
aku rasa makin susah dan mengelirukan..
lecterr yang ajar pulak mahu kami belajar menjadi student degree yang tidak selalu bergantung pada lectrr (asyik bertanya)...
sbb tuh sehingga skrg aku telah menghentikan segala kerja2 proposal tuh..
mungkin mulai mlm nih aku akan start balik.huhuhuhuhu
so wish me luck..lagi2 tadi en.faisal aku daj remind literature review kene wat banyak dan awal.jado semangat ku telah kembali pulih.tq sir!

8/10/2010

onycha & Sabturia.
ni pulak ketika mix beregu.




ni pemandangan dari atas. kelihatan penonton sedang asyik menonton showdown.


okey.baru hari nie nak cerita pasl showdown tennis yang berlaku kat stadium melawati shah alam. by d way aku tau bnda ni pun bila pihak kolej buat announcement pasal event nih.jadi aku pun diajak oleh sabturia yang merangkap clssmate ku untuk pergi ke sana ditanggung free oleh pihak penganjur.sape tak nk kan tiket free yang berharga rm155. aku kene pergi berkumpul kat padang kawad. wah!setibanya di sana memang ramai orang. bus pulak asyik dirempuh dengan bilangan peljar yang ramai. ditambah dengan hujan yang mulai trun renyai. aku dan sabturia berlari ke arah bus yang baru sj tiba dan nasib kami memg baik sebb berjaya menaiki bus tuh dlaam suasana rempuhan.


sampai je kat stadium tuh aku tgk ramai betul foreigner. aku pun g la beratur ambil tiket dan kupon makanan. bgskan hidup jadi student nie entertainment pun orang leh sponsor siap sedia makanan lagi tuh. keselamatan pun dijaga.huhu. student sekarang memg manja. hakhak. sebenarnya kitorang tak sabar nak g sana bkn sbb fanatik dengan permainan tennis tapi sbb Jen SEAN ADA DATANG UNTUK BUAT PERSEMBAHAN pada malam tuh manala aku tak excited nak tgk dia. memg semua org yang datang nak tgk dia pun tapi tak dinafikan la memg ada yang dayang kerana minat pada sukan tennis tuh.


ini lah pertama kali aku tgk showdown tennis memg kelakar dan tak masuk akal pun. pemain2 luar negara yang dibawa semua taks erius wat lawak pulak kat gelanggang. mcm berlakon drama komedi penuh dengan aksi yang buat semua penonton di stadium ketawa sampai nak pecah perut. mungkin ada di antara pemain yang menjadi kegemaran mereka sbb tuh la kot yang aku ni pulak mmg tak tahu sape nama diorg sbb aku tak minat tennis dan tak dengar bila MC bercakap yang disebbkan oleh keadaan stadium yang bergema.



aksi panas berlaku apabila pemain2 tennis mencampakkan barang yang mereka pakai ketika permainan tennis berlangsung seprti bola tennis yang tlah bertanda tangan, pengikat kepala dan pengikat di legan tangan. penonton seperti dirasuk histeria jer. memg boleh bawa gado lah sbb ada adegan tarik menarik lagih tuh. aku hanya mampu memandang dari jauh melihat gelagat manusia2 nih. mcm dapat emas jer. GILA betul.


setelah juih menunggu akhirnya! Jea Sean keluar juga ke pentas utama dan menyanyikan hampir 7-8 lagu.bnyak btul! apa pun dia memg comei dan putih tak sperti yang aku sangka. memg happy mlm tuh. disamping mahu menengkan diri.;p;p


ok mlm tuh kami kene jalan kaki jauh juga dari padang kawat hingga ke kolej melati. sampai lebih kurang pukul 12.20 am. sampai je aku trus tido.huhuhu. k la lain kali smbung lagi. :p:p






penat!!

hello kepada En Faizal...
di sini, hari ini, saya nak bagi tau yang saya penat sangat sbb hari nie je ada 2 test yang salah satu darinya merupakan final. memg tak tido malam la..eh tipu cikit!hahaha.tido la juga tapi 2 jam setengah je dan masa saya dari hari jumaat lepas hingga la pagi tadi asyik membaca buku yang banyak nye chapter. huh! seronok gak..huhuhuh..

sekarang ni pulak saya sedang buat translation untuk subjek feature writing memng penat sbb kene translate 3 page tau! dengan otak yang dah tak terkira penatnya berfikir dan memerah otak saya gagahi juga demi meniti sebuah kejayaan. CEHWAH! hahahaaha.

kini saya telah selesai buat transkation maka tiba lah pula giliran nak update blog sbb esok dah last kan.. cerita hari nie kira boleh lah kan sebagai update blog tapi ni special hanya untuk en. fazal.hahahahaa.

by the way, blik nie ingat nak tido jap. then sambung buat keje mana yang patut. walaupun ini minggu terakhir lectrr tapi memg memenatkan dan menyeronokkan!! chaiyok2 hakiyah!!:p:p

Sunday, October 10, 2010

Dua Pati, seorang positf dadah ditahan

SUNGAI LIMAU – Agensi Anti Dadah Kebangsaan(ADK) Daerah Yan dengan kerjasama Skim Rondaan Sukarela(SRS) Sungai Limau Melancarkan opersai bersepadu membasmi aktiviti tidak sihat di Pulau Bunting.

Operasi yang bermula pada pukul 5 petang itu berjaya menahan dua orang pendatang tanpa izin(Pati) dan seorang disyaki positif dadah peringkat saringan.

Penolong Pegawai Anti Dadah Daerah Yan,Shahrul Zaman Murad menyatakan operasi sebegini akan terus dilakukan untuk membasmi gejala sosial yang semakim meruncing.

“Pulau Bunting merupakan tempat riadah, bukan tempat untuk melakukan gejala yang tidak sihat, operasi akan terus dijalankan di tempat yang telah dikenal pasti.

Salah seorang pendatang tanpa izin yang berasal dari Myanmar, Nyi Nyi Tun menyatakan dokumen perjalanannya berada pada majikannya.

Namun begitu, majikan Pati tersebut gagal hadir dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, Anggota baru Skim Rondaan Sukarela(SRS) Sungai Limau turut dikenakan Ujian Air Kencing sebelum mereka menjadi sebagai anggota SRS.

Setiausaha Skim Rondaan Sukarela( SRS) Sungai Limau, Syed Jahaya Syed Abdul Rahman menyatakan tujuan ujian tersebut dijalankan adalah untuk memastikan anggota SRS Sungai Limau terdiri dari anggota bebas dari sebarang penggunaan dadah.

“ Kami tidak pilih kasih, kalau ada diantara anggota kami yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan mereka kepada pihak yang berkuasa.

“Kami ingin pastikan anggota SRS Sungai Limau ini merupakan anggota yang boleh menangani masalah sosial, bukan terjebak dalam masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hasil saringan air kencing tersebut, tiga penduduk disyaki positif dadah dan mereka diserahkan kepada ADK Daerah Yan untuk siasatan lanjutan.

Monday, October 4, 2010

tUN DR mAHATHIR mOHAMAD kembali sihat!!

"Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik terhadap rawatan yang beliau terima di Epworth Hospital Melbourne Australia, selepas dimasukkan ke hospital itu kerana mengadu sakit dada. Beliau memberi respons baik kepada rawatan anti-biotik serta fisioterafi"

Alhamdullillah....bekas PM ke empat ini telah kembali sihat semula.sesungguhnya saya berasa ssangat gembira di atas khabar berita yang saya baca dari berita harian online hari ini. sumbangan beliau yang begitu banyak dan sangat berharga tidak dapat ditukar ganti dengan mana-mana pemimpin lain yang sedang atau telah menggantikan beliau.

di harap beliau akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.:p:p

PEACE NO WAR!

kaum Chetti di melaka
















hallo smua!
hari ni saya nak share demgam anda semua mengenai makanan masyrakat kaum chetti yang wujud di melaka.nak tau tak kenapa saya begitu excited sgt nak bercerita mengenai diorangnya makanan ni? sbb kan ada crita di sebalik penyediaan makanan mereka.

kaum Chetti kan ada mempunyai makanan trun temurunnya yang terkenal juga dikalangan masyarakat pada hari ini iaitu 'thosai' dan 'Ittali'. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.

Biasanya makanan tradisi ini dihidangkan pada hari-hari kebesaran agama dan hari-hari perayaan mereka.
Disebelah kiri ini merupakan di antara makanan tradisional turun menurun bagi kaum Chetti Melaka.