Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan pusat destinasi yang unggul dengan beratus destinasi pilihan untuk menyantaikan diri dikala lapang. Kehijauan alam yang dimilikinya mampu mencairkan hati pada sesiapa yang melihatnya. Kesegaran udaranya mempesonakan jiwa dan mampu menyerikan wajah penghidunya. Rumah saya terletak berdekatan dengan Gua batu Kapur yang di penuhi dengan hidupan alam seperti pokok-pokok hijau, air sungai yang bersih dan segar, serta air terjun yang deras. Telinga akan menangkap bunyi air terjun yang deras seperti mengalukan sebuah lagu yang merdu, manakala hidung akan terus-terusan menghidu udara segar pagi yang datangnya dari pokok-pokok mekar menghijau. Adakalanya, saya akan menghadirkan diri ke sungai bagi merasai kenikmatan airnya. Segalanya indah! Saya seperti di awang-awangan bak puteri yang turun dari kayangan untuk merasai nikmat yang Allah turunkan ke bumi yang menghijau ini. Alhamdullillah......
Saya bukanlah orang yang hidup senang untuk mengembara di sana sini bagi menyeronokkan hidup ini. Setakat ini, satu-satunya negeri yang pernah saya rantaui selain selangor ialah Melaka. Itupun kerana saya mendapat tawaran menyambung pengajian diploma di sana. Melaka, seperti kata orang, bandaraya bersejarah. Itu memang benar. Melihat sejarahnya, kita tahu kerana itu terdapat ramai pengunjung dari luar negara yang datang ke Melaka. Mungkin juga untuk mengetahui sendiri tentang sejarah yang pernah terjadi sebelumnya dari membacanya dari buku sejarah atau mendengar pengalaman orang lain. Tetapi kini, Melaka bakal berkembang lagi dengan kemudahan pengangkutannya. Monorail sedang terbina di sana sekarang. Tidak lama lagi, penduduk di melaka tidak perlu lagi bersesak-sesak hanya untuk menaiki bas semata-mata pergi ke Bandar Melaka. Satu pencapaian yang bagus buat Melaka.Tahniah saya ucapkan!
Pada pengamatan saya, apabila kita membicarakan tentang Malaysia, satu lagi soal yang akan diungkapkan adalah kepelbagaian kebudayaan yang dimilikinya sejak berkurun lamanya dan sudah tentu menjadi tajuk bual bicara pilihan di waktu minum petang oleh masyarakat dari seantaro dunia yang pernah berkunjung ke Malaysia. Kepelbagaian etnik, agama, dan bahasa menjadikan Malaysia semakin istimewa dan dicemburui oleh negara lain. Kerana apa?? Keharmonian antara manusia yang berlainan suku atau bangsa merupakan sesuatu yang sukar untuk di terima bagi segelintir masyarakat di luar negara sana kerana mereka sendiri tidak begitu barangkali. Tetapi, di malaysia, segalanya adalah bersama dan di kongsi. Apa sahaja kemudahan di bahagikan sama rata! Bahkan negeri semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak juga sedang di naik taraf agar tidak ketinggalam mengikut arus permodenan yang sedang berlaku di Malaysia. Itu pada dasarnya. Tetapi di sebalik kain hitam, adakah benar masyarakat di malaysia bersatu padu seperti yang di war-warkan? Adakah mereka tidak pernah merungut mengenai bangsa lain? Adakah segala-galanya menyenangkan hati semua pihak yang menjalani hidup di Malaysia? Tidak semuanya indah pada kaca mata kita sebenarnya. Air yang di tenang jangan disangka tiada buaya. Ini lah Malaysia. Negara yang mengandungi pelbagai rasa manis, masam, pahit, tawar, dan masin. Fikirkanlah sendiri apa yang mahu di katakan mengenai Malaysia. Kita mempunyai kebebebasan bersuara.
No comments:
Post a Comment