Wednesday, August 25, 2010

Rasuah Satu Jenayah, Kenapa Dipolitikkan?

Pada bulan lepas berlangsung satu sesi Forum Akademik yang melibatkan ahli-ahli panel jemputan hebat anjuran bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Forum yang bertarikh 15 Julai, pada khamis lalu bertempat di Dewan Sri Bestari INTEKMA Resort dan Convention Centre Shah Alam mulai dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang itu telah disertai dengan anggaran 1000 pelajar yang mana mewakili fakulti masing-masing.



Pada forum kali ini, bersama Moderator perbincangan iaitu Professor Madya Dr.Haidar Dziyauddin, Penasihat Undang-Undang telah membincangkan mengenai gejala rasuah yang berlaku dikalangan ahli-ahli politik di Negara ini. Ahli-ahli panel jemputan yang turut hadir pada hari tersebut ialah YBhg.Datuk Azman Ujang, Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (SPRM), YBhg.Dato Paul Low President, Transparency International Malaysia, Dr.Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bersama panel terakhir iaitu En.Akhbar Satar, Pengarah Akhbar Dan Associates.



Kejadian jenayah rasuah sememangnya mempunyai impak yang besar terhadap masyarakat dan Negarat selain boleh mewujudkan pelaburan asid, ia juga mampu mengancam sesebuah institusi kekeluargaan dan masyarakat itu sendiri yang sering kali melibatkan penjawat-penjawat awam di Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab dan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPRM bagi membendung masalah yang membawa kepada keruntuhan akhlak yang tidak bermoral ini.


Aktiviti forum ini melibatkan tiga segmen wawancara dan setiap satunya memerlukan pendapat ahli-ahli panel jemputan bagi membahaskan tajuk perbincangan iaitu Rasuah Satu Jenayah, Kenapa Perlu Dipolitikkan? Satu topik yang sensasi dan menarik untuk di bual bicara pada petang, khamis lalu.



Apabila di tanya kesan dan impak terhadap masyarakat dan Negara mengenai jenayah rasuah ini, rata-rata ahli jemputan panel memberikan pandangan bahawa rasuah merupakan jenayah yang paling berbahaya kerana gagal dijatuhkan oleh fahaman extremism dan ia terbukti telah menjatuhkan banyak Negara, kata Datuk Azman yang telah berpengalaman selama setahun setengah dalam SPRM. Tambah beliau lagi, di Malaysia apa jua bidang yang diterokai semuanya melibatkan politik. Di sokong baik pula oleh Dato Paul Low yang berkata ahli politik harus bertanggungjawab di dalam perangi rasuah.



Jika dilihat dari sudut yang berbeza, politik boleh diertikan mengenai pandangan iaitu bagaimana sesuatu perkara itu dilihat. Masyarakat kita pada hari ini suka menunding jari siapa yang benar dan siapa yang salah. Bukan nak tahu bagaimana masalah berlaku dan bantu untuk mengatasinya.



Encik Akhbar Satar pula meluahkan rasa mengenai sikap dan mentaliti masyarakat kita yang hanya tahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tanpa cuba memahami kerja dan usaha keras mereka. “BPR melakukan kerja dengan baik tetapi masyarakat selalu membuat aduan yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap usaha kerja yang ditonjolkan”, katanya. Tambah beliau lagi, jenayah rasuah ini juga sangat unik untuk disiasat dan memerlukan saksi. Walau bagaimanapun, tahap rasuah tetap akan ditangani dengan professional.



Di dalam segmen ke dua, topik Forum menyentuh pula perihal rasuah yang telah wujud di dalam masyarakat kita pada hari ini. Kerajaan dari sudut politik di lihat sebagai sebuah badan yang negatif oleh rakyat. Persoalannya, adakah kerajaan menganggap rasuah suatu gejala yang buruk? Datuk Azman menyifatkan sikap masyarakat boleh melemahkan semangat SPRM.



“Sikap masyarakat kita tidak membantu SPRM bagi membendung gejala rasuah sama sekali, bahkan melemahkan semangat bekerja pegawai MACC. Tan sri Gani Patail juga turut meluahkan kebimbangannya mengenai gejala rasuah di Negara ini terhadap terhadap saya”, katanya.



Terdapat banyak perkara yang tidak boleh dilakukan jika terlalu banyak kes rasuah. Justeru itu Dato Paul Low berkata, kita perlu menangani gejala rasuah ini dari berleluasa kerana ia untuk kebaikan bersama dan demi keselamatan Negara kita iaitu Malaysia. Encik Akhbar Satar menambah, kesan dari perbuatan yang tidak bermoral ini terhadap individu yang mempunyai sikap yang menjurus ke arah gejala rasuah boleh menyebabkan mereka kehilangan orang-orang tersayang seperti anak, isteri, kawan-kawan dan yang seumpama dengannya.



YBhg. Naib Canselor Dato’Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, di dalam ucapan terakhir beliau menyarankan kepada seluruh masyarakat bahawa mencegah jenayah rasuah adalah usaha kita bersama bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang juga turut memberi ucapan aluan di dalam forum akademik ini.


Forum akademik ini berakhir dengan upacara penyampaian cenderahati kepada para panel jemputan oleh naib canselor UITM dan jamuan minum petang bagi semua tetamu yang hadir.



Laporan ini saya garap sebagai langkah persediaan untuk menjadi seorang wartawan yang berkebolehan suatu hari nanti.sila lah beri sokongan! segala fakta yang diberikan adalah benar!


No comments:

Post a Comment