Wednesday, August 25, 2010

INILAH MALAYSIA

Mempunyai 14 jalur, tujuh darinya berwarna merah dan sebahagiannya lagi berwarna putih. Simbolnya pula adalah bintang dan bulan yang berwarna kuning, manakala latar belakangnya berwarna biru. Inilah bendera Malaysia! Bendera merupakan lambang atau simbol pengenalan bagi sesebuah negara di dunia ini. Tanpa bendera negara ini, pergilah merantau ke hujung dunia sekalipun pasti dan pasti tiada siapa yang tahu asal usul anda jika tiada sebarang pengenalan diri yang dikeluarkan. Sebagai contoh, “Piala Dunia FIFA 2010 merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Apa yang saya mahu katakan di sini ialah Semangat pasukan yang berjaya terpilih itu. Mereka membawa bendera negara masing-masing sebagai simbol mereka mewakili diri dari pasukan negara apa dan supaya peminat mereka yang bukan sahaja dari negara sendiri tetapi negara lain juga mengenali siapa mereka. Tiap kali bendera dikibarkan, kita akan dapat melihat dan merasai sendiri semangat ingin menang apabila Bendera di kibarkan bersama semasa menyanyikan lagu negara masing-masing. Kibaran bendera itu jelas menunjukkan bahawa semangat sesuatu bangsa itu mampu diperolehi sebaik sahaja melihat bendera negara sendiri BERKIBAR!


Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan pusat destinasi yang unggul dengan beratus destinasi pilihan untuk menyantaikan diri dikala lapang. Kehijauan alam yang dimilikinya mampu mencairkan hati pada sesiapa yang melihatnya. Kesegaran udaranya mempesonakan jiwa dan mampu menyerikan wajah penghidunya. Rumah saya terletak berdekatan dengan Gua batu Kapur yang di penuhi dengan hidupan alam seperti pokok-pokok hijau, air sungai yang bersih dan segar, serta air terjun yang deras. Telinga akan menangkap bunyi air terjun yang deras seperti mengalukan sebuah lagu yang merdu, manakala hidung akan terus-terusan menghidu udara segar pagi yang datangnya dari pokok-pokok mekar menghijau. Adakalanya, saya akan menghadirkan diri ke sungai bagi merasai kenikmatan airnya. Segalanya indah! Saya seperti di awang-awangan bak puteri yang turun dari kayangan untuk merasai nikmat yang Allah turunkan ke bumi yang menghijau ini. Alhamdullillah......


Saya bukanlah orang yang hidup senang untuk mengembara di sana sini bagi menyeronokkan hidup ini. Setakat ini, satu-satunya negeri yang pernah saya rantaui selain selangor ialah Melaka. Itupun kerana saya mendapat tawaran menyambung pengajian diploma di sana. Melaka, seperti kata orang, bandaraya bersejarah. Itu memang benar. Melihat sejarahnya, kita tahu kerana itu terdapat ramai pengunjung dari luar negara yang datang ke Melaka. Mungkin juga untuk mengetahui sendiri tentang sejarah yang pernah terjadi sebelumnya dari membacanya dari buku sejarah atau mendengar pengalaman orang lain. Tetapi kini, Melaka bakal berkembang lagi dengan kemudahan pengangkutannya. Monorail sedang terbina di sana sekarang. Tidak lama lagi, penduduk di melaka tidak perlu lagi bersesak-sesak hanya untuk menaiki bas semata-mata pergi ke Bandar Melaka. Satu pencapaian yang bagus buat Melaka.Tahniah saya ucapkan!


Pada pengamatan saya, apabila kita membicarakan tentang Malaysia, satu lagi soal yang akan diungkapkan adalah kepelbagaian kebudayaan yang dimilikinya sejak berkurun lamanya dan sudah tentu menjadi tajuk bual bicara pilihan di waktu minum petang oleh masyarakat dari seantaro dunia yang pernah berkunjung ke Malaysia. Kepelbagaian etnik, agama, dan bahasa menjadikan Malaysia semakin istimewa dan dicemburui oleh negara lain. Kerana apa?? Keharmonian antara manusia yang berlainan suku atau bangsa merupakan sesuatu yang sukar untuk di terima bagi segelintir masyarakat di luar negara sana kerana mereka sendiri tidak begitu barangkali. Tetapi, di malaysia, segalanya adalah bersama dan di kongsi. Apa sahaja kemudahan di bahagikan sama rata! Bahkan negeri semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak juga sedang di naik taraf agar tidak ketinggalam mengikut arus permodenan yang sedang berlaku di Malaysia. Itu pada dasarnya. Tetapi di sebalik kain hitam, adakah benar masyarakat di malaysia bersatu padu seperti yang di war-warkan? Adakah mereka tidak pernah merungut mengenai bangsa lain? Adakah segala-galanya menyenangkan hati semua pihak yang menjalani hidup di Malaysia? Tidak semuanya indah pada kaca mata kita sebenarnya. Air yang di tenang jangan disangka tiada buaya. Ini lah Malaysia. Negara yang mengandungi pelbagai rasa manis, masam, pahit, tawar, dan masin. Fikirkanlah sendiri apa yang mahu di katakan mengenai Malaysia. Kita mempunyai kebebebasan bersuara.

tetiba ckp pasal malaysia kan..haha..saya nak share assignment yang en.faizal bagi ni pada semua org.SLMAT MEMBACA!

Rasuah Satu Jenayah, Kenapa Dipolitikkan?

Pada bulan lepas berlangsung satu sesi Forum Akademik yang melibatkan ahli-ahli panel jemputan hebat anjuran bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Forum yang bertarikh 15 Julai, pada khamis lalu bertempat di Dewan Sri Bestari INTEKMA Resort dan Convention Centre Shah Alam mulai dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang itu telah disertai dengan anggaran 1000 pelajar yang mana mewakili fakulti masing-masing.



Pada forum kali ini, bersama Moderator perbincangan iaitu Professor Madya Dr.Haidar Dziyauddin, Penasihat Undang-Undang telah membincangkan mengenai gejala rasuah yang berlaku dikalangan ahli-ahli politik di Negara ini. Ahli-ahli panel jemputan yang turut hadir pada hari tersebut ialah YBhg.Datuk Azman Ujang, Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (SPRM), YBhg.Dato Paul Low President, Transparency International Malaysia, Dr.Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bersama panel terakhir iaitu En.Akhbar Satar, Pengarah Akhbar Dan Associates.



Kejadian jenayah rasuah sememangnya mempunyai impak yang besar terhadap masyarakat dan Negarat selain boleh mewujudkan pelaburan asid, ia juga mampu mengancam sesebuah institusi kekeluargaan dan masyarakat itu sendiri yang sering kali melibatkan penjawat-penjawat awam di Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab dan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPRM bagi membendung masalah yang membawa kepada keruntuhan akhlak yang tidak bermoral ini.


Aktiviti forum ini melibatkan tiga segmen wawancara dan setiap satunya memerlukan pendapat ahli-ahli panel jemputan bagi membahaskan tajuk perbincangan iaitu Rasuah Satu Jenayah, Kenapa Perlu Dipolitikkan? Satu topik yang sensasi dan menarik untuk di bual bicara pada petang, khamis lalu.



Apabila di tanya kesan dan impak terhadap masyarakat dan Negara mengenai jenayah rasuah ini, rata-rata ahli jemputan panel memberikan pandangan bahawa rasuah merupakan jenayah yang paling berbahaya kerana gagal dijatuhkan oleh fahaman extremism dan ia terbukti telah menjatuhkan banyak Negara, kata Datuk Azman yang telah berpengalaman selama setahun setengah dalam SPRM. Tambah beliau lagi, di Malaysia apa jua bidang yang diterokai semuanya melibatkan politik. Di sokong baik pula oleh Dato Paul Low yang berkata ahli politik harus bertanggungjawab di dalam perangi rasuah.



Jika dilihat dari sudut yang berbeza, politik boleh diertikan mengenai pandangan iaitu bagaimana sesuatu perkara itu dilihat. Masyarakat kita pada hari ini suka menunding jari siapa yang benar dan siapa yang salah. Bukan nak tahu bagaimana masalah berlaku dan bantu untuk mengatasinya.



Encik Akhbar Satar pula meluahkan rasa mengenai sikap dan mentaliti masyarakat kita yang hanya tahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tanpa cuba memahami kerja dan usaha keras mereka. “BPR melakukan kerja dengan baik tetapi masyarakat selalu membuat aduan yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap usaha kerja yang ditonjolkan”, katanya. Tambah beliau lagi, jenayah rasuah ini juga sangat unik untuk disiasat dan memerlukan saksi. Walau bagaimanapun, tahap rasuah tetap akan ditangani dengan professional.



Di dalam segmen ke dua, topik Forum menyentuh pula perihal rasuah yang telah wujud di dalam masyarakat kita pada hari ini. Kerajaan dari sudut politik di lihat sebagai sebuah badan yang negatif oleh rakyat. Persoalannya, adakah kerajaan menganggap rasuah suatu gejala yang buruk? Datuk Azman menyifatkan sikap masyarakat boleh melemahkan semangat SPRM.



“Sikap masyarakat kita tidak membantu SPRM bagi membendung gejala rasuah sama sekali, bahkan melemahkan semangat bekerja pegawai MACC. Tan sri Gani Patail juga turut meluahkan kebimbangannya mengenai gejala rasuah di Negara ini terhadap terhadap saya”, katanya.



Terdapat banyak perkara yang tidak boleh dilakukan jika terlalu banyak kes rasuah. Justeru itu Dato Paul Low berkata, kita perlu menangani gejala rasuah ini dari berleluasa kerana ia untuk kebaikan bersama dan demi keselamatan Negara kita iaitu Malaysia. Encik Akhbar Satar menambah, kesan dari perbuatan yang tidak bermoral ini terhadap individu yang mempunyai sikap yang menjurus ke arah gejala rasuah boleh menyebabkan mereka kehilangan orang-orang tersayang seperti anak, isteri, kawan-kawan dan yang seumpama dengannya.



YBhg. Naib Canselor Dato’Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, di dalam ucapan terakhir beliau menyarankan kepada seluruh masyarakat bahawa mencegah jenayah rasuah adalah usaha kita bersama bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang juga turut memberi ucapan aluan di dalam forum akademik ini.


Forum akademik ini berakhir dengan upacara penyampaian cenderahati kepada para panel jemputan oleh naib canselor UITM dan jamuan minum petang bagi semua tetamu yang hadir.



Laporan ini saya garap sebagai langkah persediaan untuk menjadi seorang wartawan yang berkebolehan suatu hari nanti.sila lah beri sokongan! segala fakta yang diberikan adalah benar!